Thursday, May 22, 2014

Kebaikan Oat untuk Kesihatan

tahukah anda bahawa untuk menjaga kesihatan jantung, anda hanya perlu memakan sekurang-kurangnya 70g. oat setiap hari?


ini kerana, Oat sudah bertahun lamanya terkenal kerana khasiat kebaikannya kepada kesihatan kita secara keseluruhan, terutama sekali kepada kesihatan jantung.

Kini, pakar-pakar pemakanan dan diet memberi penekanan terhadap keberkesanan oat sebagai rumusan paling semulajadi untuk menjaga kesihatan dan mencegah penyakit jantung. Jom baca!


Mengurangkan Paras Kolestrol Dalam Darah


Kajian klinikal telah menunjukkan bahawa pengambilan oat dengan berat molekul yang tinggi (dalam bentuk bijirin) SETIAP HARI selama 4 Minggu dapat menurunkan paras Kolestrol .


Kawalan Paras Glukosa Dalam Darah


Menjaga kesihatan jantung anda adalah semudah mengambil oat setiap hari. 


oat bukan sahaja berkesan menurunkan tahap kolesterol darah tetapi juga menjamin kesihatan usus dengan menyediakan sumber nutrien secara perlahan-lahan dan konsisten seperti mana yang diperlukan untuk membaharui sel-sel usus.(Kesihatan UsusSerat dalam usus kecil membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ini memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan.


Serat merangsangkan pengeluaran air liur, yang memudahkan anda mengunyah dan menelan. Apabila berada dalam perut, ia membantu mencairkan kandungannya, menjadikannya lebih mudah untuk dihadam.


Serat juga membantu mencegah banyak masalah ketidakselesaan yang dialami oleh orang tua, seperti sembelit dan buasir. 


dan tentunya kelebihan oat boleh membantu individu mengekalkan atau mencapai pengurangan berat badan melalui kawalan selera makan.


No comments:

Post a Comment