Sunday, July 5, 2015

RISIKO BAYI YANG TIDAK DIBERI SUSU IBU



Salam semua,


Menyambut kelahiran baru semestinya dinantikan oleh ibu2 semua kan..tapi bagaimana pula persediaan ibu-ibu mengenai penyusuan bayi selepas dilahirkan? Samada penyusuan penuh susu ibu atau diberi susu formula atau pun  bayi diberi campur susu ibu bersama susu formula..mana yang lebih baik??


Sebaiknya,susu ibu lah yang paling baik, susu ibu lah sebagai ubat kepada bayi kerana susu ibu mengandungi lengkap mengandungi nutrien yang diperlukan oleh bayi anda.susu ibu juga dapat meningkatkan imuniti  bayi anda.
Bayi yang diberi susu formula mempunyai risiko atau pon bahaya ke atas bayi.


Antaranya ialah:~~


1. Bayi lebih kerap mendapat jangkitan (seperti selsema, batuk dan demam)
2. Bayi juga berisiko mendapat penyakit saluran pernafasan (pneumonia)
3. Bayi berisiko mendapat penyakit jangkitan telinga
4. Bayi berisiko mendapat penyakit berkaitan saluran penghadaman
5. Bayi berisiko untuk mendapat sindrom kematian mengejut (sudden infant death syndrome)
6. Mudah terkena alergik
7. Diabetes di kalangan kanak-kanak
8. Kegemukan (obes)
9. Pengendalian susu formuka yang bersih akan memudahkan pencemaran dan bayi berisiko mendapat cirit birit
10. Penggunaan botol dan puting tiruan juga boleh mengganggu kejayaan susu ibu
Banyak juga kan risiko pemberian susu formula..jadi, jgn jadikan kegagalan diri sendiri sebagai penyebab bayi anda berisiko seperti di atas. Support penyusuan susu ibu untuk kesihatan dan kecerdasan anak anda.


BAGAIMANA UNTUK MEMBANYAKKAN SUSU IBU


Dapatkan set penyusan asas Shaklee sebagai milk booster.


PAKEJ ASAS 1: ESP dan Alfafa


atau


PAKEJ ASAS 2: ESP dan Ostematrik


Untuk keterangan dan maklumat lanjut:

pm/whatsapp: 0122817012 (ly)
Like FB Page: LRZBeauty


Saturday, April 18, 2015

LETIH LESU TIDAK BERTENAGA?

Salam semua..





hari ni badan mummy terasa penat sangat, letih, malas dan rasa tak bertenaga lansung..terus teringat dengan PERFORMANCE DRINK (PD) ni..tp takde stok plak kat rumah...akan mummy dapatkan dalam masa terdekat ni..ade sesapa nk juin order sekali???






kenapa mummy kaitkan PD dengan badan mummy yang rasa letih sangat ni..



SEBAB NYA....



PERFORMANCE DRINK (PD) ni boleh dikatakan sebagai minuman sukan sebab dapat membekalkan dan mengekalkan tenaga berpanjangan kepada kita.




ujian klinikal membuktikan minuman PD mampu meningkatkan tenaga otot kepada 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir di dalam tubuh.



MANFAAT UTAMA PD...


  • MENINGKATKAN DAYA KETAHANAN BADAN

        Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat

        menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal

        meningkatkan daya tahan otot; dan

        memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh



  • MEMBEKALKAN TENAGA DAN DAYA KETAHANAN FIZIKAL

         mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolisma di dalam tubuh. Ia mengandungi Potassium, Kalsium, Sodium, Fosforus, Magnesium dan Chloride.

        

  • MENCEGAH PENYAHHIDRATAN

         mengurangkan kehausan
         mencegah penyahhidratan
         melembabkan kulit


  • MENGEKALKAN PARAS GULA

         Memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot
         Mempercepatkan sembuhan akibat kecederaan otot


jadi, SIAPA yang sesuai ambil minuman PD??




- semestinya atlet sukan atau yang aktif dalam sukan
- individu yang mementingkan kecerdasan fizikal sepanjang hari
- warga emas
- ibu hamil
- pelajar (so malam boleh struggle untuk study tanpa rasa letih dan mengantuk)
- yang bekerja. sangat sesuai untuk yang berkerja shift
- ibu-ibu. supaya boleh menjadi SUPER MOMMY
- Sekiranya DEMAM atau mengalami masalah CIRIT BIRIT. individu yang terkena DENGGI juga amat digalakkan mengambil PD bagi membantu mengembalikan tenaga tubuh dan meningkatkan aliran bendalir tubuh.
- Yang selalu mengalami masalah keletihan melampau, tidak bermaya dan bertenaga, serta yang sering mengatuk.

rasa yang sangat sedap. semua golongan umur boleh menikmatinya. jadi bancuh untuk seisi keluarga. semua ahli keluarga merasainya.

untuk sebarang pertanyaan, konsultasi, info dan pembelian, 

Sila hubungi saya (pm,whatsapp, telegram) di no 0122817012 
FB : Lily Yosh
Like FB Page: LRZ Beauty

Tuesday, February 24, 2015

senangnya anak tidur sendiri, mama suka hati





Ni la dia baby besar mummy yang bongsu..setakat ini la..heheee...Alhamdulillah fayyadh ni senang je tidur malam..tak meragam, tak ngada2 itu ini..mama takde pon, die masuk bilik , landing terus tido..

Fayyadh da besar..memang lah..tp Fayyadh masih menyusu badan tau..biasanya budak yang masih breastfeeding ni memang payah sket nk tido sebab nak bergantung je kan..sampai la lelap sendiri.tp fayyadh okla, tadi lepas nyusu, die minta air masak..lepas bg air masak,mummy tung tang tung tang kat dapur nk mengemas sket..masuk-masuk bilik tgk fayyadh dah tdo..huu lega mummy.td tye jugak..
Fayyadh nk susu botol x?? (Risau jugak kot tak cukup nenen nya)...tak nak katanya..bgs la kan..mummy andaikan susu mummy sendiri cukup untuk my dear fayyadh ni

Alhamdullillah fayyadh masih lagu menyusu badan hingga sekarang. dah umur  2 tahun 7 bulan pon. Pasal tu sampai sekarang mummy minum ESP dan  ambil Ostematrix.MILK BOOSTER TU TAU.
Susu pon pekat, fayyadh cepat kenyang, sakit2 badan ke pinggang pon  lega

Ibu menyusukan anak, memang sakit pinggang kan..tu pas ambil OSTEMATRIX tu

Azam mummy,selagi ada rezeki susu fayyadh, selagi itu la mummy berusaha melengkapkan keperluan my dear ni...hati kene kental k...klu tak,cpT je azam melayang2..

k lah.Nak tdo..jom beraduuuuu....


Tuesday, February 10, 2015

AJHT Shaklee Membantu Sakit Sendi mahupon Arthritis



Anda mengalami sakit sendi? anda mempunyai Arthritis?  anda mengalami sakit lutut? sakit pinggang?

tidak mahu bergantung dengan ubat hospital? jagan risau, arthritis ni juga dikenali sebagai sakit sendi. akceli ade beberapa jenis arthitis iaitu jenis penyakit sendi ini...namum adalah digalakkan agar kita berusaha sebelum sesuatu penyakit itu menjadi lebih teruk..




Apa yang saya boleh cadangkan adalah mengambil AJHT Shaklee atau pon set shaklee..dan ramai yang berpuas hati menggunakan AHJT ni.. mak ayah saya pon menggunakan AJHT ni sebab selalu sakit lutut, lenguh-lenguh hingga ke tulang...

So,  Bagaimanakah AJHT Shaklee membantu?




AJHT membantu mengekalkan tulang rawan yang sihat & mampu menyokong keselesaan sendi


AJHT mengandungi ESKTRAK BOSWELLIA di mana;
di dlm ekstrak ini terdapat AKBA ( Asetil-Keto-Beta-Boswellik Asid) yang merupakan agen anti radang semula jadi
AKBA bertindak menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi.


TAPI, ADALAH DISYORKAN...
untuk mendapat kesan yang lebih baik, bagus jika kita mengambil Omega guard sekali.. 




Bagaimana pula omega Guard membantu?


Omega bertindak mengurangkan inflamasi
bertindak melambatkan degrasi tulang rawan dan mengurangkan reaksi keradangan dlm  sendi-sendi
sebagai pelincir dalam membantu pergerakan tulang dengan lebih mudah


* OMEGA GUARD SHAKLEE amat berkualiti ye kerana 99% kandungan nya adalah omega 3 , berbanding dengan kapsul minyak ikan yang lain...produk lain maybe kandungan omega 3 adalah sekitar 30-60% shj.. tapi anda perlu menilai sendiri..bila dah cuba Shaklee ni mmg akan berpuas hati tau.





oh ya..sesiapa yang mengambil ubat cair darah tidak digalakkan kan ye ambil omega guard ni. maybe boleh ganti dengan OSTEMATRIX. kerana Ostematrix bukan sekadar sumber KALSIUM, malah turut dilengkapi Magnesium(berfungsi membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya, Vit D (merangsang penyerapan Kalsium), Boron (metabolisma tulang)
serta mengandungi Mangan, tembaga dan zink ( mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan tulang)

Ataupon, utk kesan yang terbaik, set sendi adalah terbaik iaitu:-
* AJHT
* OMEGA GUARD &
* OSTEMATRIX


untuk sebarang pertanyaan, konsultasi, info dan pembelian,
 Sila hubungi saya (pm,whatsapp, telegram) di no 0122817012
 FB : Lily Rozita Md Hakin
Like FB Page: MummyoshNaturalHealthBeauty

Thursday, January 1, 2015

Risau anak G6PD terhidu asap Fogging

semalam masa mummy on the way balik dari keje nak ambil fayyadh dari taska, dari jauh mummy tengok ada van kesihatn berhampiran dengan Taska Fayyadh ni..dlm hati dok risau sebab Fayyadh kan ada G6PD. apatah dengan asap ubat nyamuk mummy jauhkan, ni kna pulak asap fogging..haih berderau darah mummy masa tengah drive tu.. pikirkn keadaan fayyadh.. dah fogging ke kat area Taska Fayyadh? Cikgu tutup semua pintu dan tingkap tak..

cepat-cepat drive. sesampai je di Taska Fayyadh, Fayyadh da ready tunggu di pintu taska. Cepat-cepat cikgu nya bagitahu,

'Pn cepat, tadi orang kesihatan nak fogging kat sini. tapi saya suruh hold dulu sebab Fayyadh G6PD.'

Ya Allah, bersyukur sangat sebab cikgu dan pengusaha Taska Fayyadh memahami apa itu G6PD, pantang larang G6PD dan tindakan mereka amat mummy ucapkan ribuan terima kasih.



so cepat-cepat mummy bawa fayyadh balik rumah, sampaikan selipar pon tetinggal di Taska..jenuh berdukung Fayyadh di pasar malam..hehee..sudahnya dapat fayyadh selipar baru sebab da rasa senget benget mendukung fayyadh tu huu

sesapa yang tak tahu psl G6PD, leh klik sini k..



Tuesday, December 9, 2014

Promosi set kecantikan kulit

Dah bulan Disember 2014 pon, berapa hari sahaja lagi nak masuk tahun baru.harap2 tahun 2014 ni membawa seribu kenangan dan kemanisan ye..


Shaklee juga tak ada promo best yang sangat kaum wanita suka...apa dia??
Mestilah set kecantikan kulit. Jadi bulan Disember ni shaklee menawarkan promosi berganda anda semua..bukan untuk wanita je..lelaki pon boleh tau..


Vitamin C Sustained Released dan juga Vitamin E.


Beli 6 Vitamin C Sustained Released percuma 1 botol lagi
Beli 6 Vitamin E percuma lagi 1 botol
Beli twin pack (2 botol) Vitamin C Sustained Released dapat 5% diskaun
Beli twin pack (2 botol) Vitamin E dapat 5% diskaun

Khususnya, set ni memang untuk set kecantikan kulit.tapi juga banyak lagi fungsi nya...jom intai


Fungsi utama Vitamin E:
1) Awet muda
2) Membaiki peredaran darah, memperbaiki tisu
3) Menghilangkan parut dan cela di wajah
4) Kulit dan rambut sihat, cantik dan lebat
5) Meningkat libido serta kesuburan lelaki dan wanita
6) Merawat masaalah keintiman
7) Merawat masaalah seksual lelaki


Fungsi utama Vitamin C:
1) Memperkuatkan sistem pertahanan badan
2) anti-selsema, resdung, anti-kanser
3) baik untuk kulit yang cantik (anti-aging)
4) cepat sembuhkan luka

Sapa taknak cantik kan??? Sapa tak nak kulit licin berseri? Sapa tak nak kulit licin dari jerawat??


Semua orang nak kan...so meh cepat order

pm/ whatsapp 0122817012 (lily)


Posted via Blogaway

Saturday, November 22, 2014

kemerosotan kesihatan dan masalah kulit muka berjerawat adalah punca awal toksin berlebihan di dalam tubuh

seperti entry mummy yang lepas, mummy ade cerita kan berkenaan dengan punca pengumpulan toksin di dalam badan dan bagaimana untuk menyingkirkan toksin di dalam badan. 


dlm entry tu juga mummy ade cerita kesan toksin kepada tubuh kita sendri. antara kesan pengumpulan tosin berlebihan di dalam


 tubuh kita mengundang pelbagai penyakit dan masalah.salah satu nya, akan menjejaskan kelancaran perjalanan darah ke jantung di mana toksik-toksik akan bersama darah dan menyebabkan saluran tersumbat dan akan menyebabkan jantung kita perlu bekerja dengan lebih kuat untuk melancarkan perjalanan darah melalui saluran yang tersumbat. sekaligus ia akan menyebabkan pembesaran jantung . 


sementara tekanan ke atas saluran tersumbat tadi akan mengakibatkan tekanan darah tinggi.


manakala buah pinggang dan sistem endoktrin dalam usaha membersihkan toksin akan merembeskan pelbagai bahan kimia yang menyebabkan terjadinya tekanan darah tinggi.selain menjejaskan fungsi jantung dan masalah darah tinggi, toksik yang berlebihan di dalam tubuh juga akan menyebabkan JERAWAT, DEMAM, TUMOR dll


penyakit kulit seperti jerawat biasa nya terjadi apabila toksin di dalam darah cuba keluar melalui kulit. manakala demam adalah proses semualajadi badan unttuk membersihkan diri. apabila sel darah putih menentang toksin di dalam badan, kadat metabolisma tubuh menjadi semakin cepat, seterusnya mengakibatkan tubuh mendapat demam.


oleh itu langkah awal untuk mencegah sebarang kemungkinan kita mendapat pelbagai masalah kesiahatan adalah MENYINGKIRKAN TOKSIN TERLEBIH DAHULU. 


ini kerana sekiranya tubuh kita dicemari toksin, maka apa sahaja supplement atau zat yang kita ambil seharian tidak akan diserap sepenuhnya.


adalah perlu untuk kita mencegah daripada merawat.rawat dan singkirkan toksin terlebih dahulu ye kawan-kawan..bagaimana...boleh rujuk di post ni ye..post kali ini adalah lebih terperinci mummy share kan bagaimana toksin boleh menjejaskan kesihatan tubuh kita. 


detok kan tubuh anda dengan Alfafa.



utk maklumat lanjut boleh hubungi mummy;


pm /whatsapp/ telegram ke 0122817012

Like Page : Mummyosh Natural Health & Beauty

Pm/ Follow Fb:Lily Rozita Md Hakin

Saturday, November 15, 2014

Suara Hati Menggunakan Shaklee

Asalnya dulu tak pernah tahu pon Shaklee ni..tp sebenarnya Shaklee wujud dah lama..


lepas tu, dengar-dengar je pasal Shaklee ni...tapi tak guna lagi...sebab masa tu macam tak percaya dengan Shaklee lagi..sebab masa tu pk, betul ke Shaklee ni..takut kene tipu macam produk-produk lain yang tak nampak hasil.


bermula kenal Shaklee semasa awal pantang anak ke 3. 

kisahnya, my baby boy tu asik merengek lapa..pada hal baru umur baby 1 minggu..maksudnya 15 min sekali mesti nak bangun menyusu badan. nak berpantang dengan baik pon tak boleh. sakit-sakit badan mummy ni..


masa tu nekad, mummy mesti cuba Shaklee..mummy mulakan dengan ESP sahaja..


Ya Allah, memang jatuh cinta dengan ESP masa tu..ESP membantu masalah mummy..mummy minum 3 kali sehari. tak perlu tunggu berminggu-minggu, tak perlu tunggu berbulan-bulan. selepas 2 hari pengambilan ESP, my baby tak meragam dah,..tidur nyenyak..selepas hampir 2 jam my baby tido,  bangun menyusu, then main2 sendiri dan tidur lena kembali. dan masa tu lah, mummy nak bertungku ke, nak berbengkung ke mandi ke apa-apa jelah..nak tidur sekali pun takde masalah. 


lepas tu terus jatuh cinta dengan Shaklee. 

Bukan itu saje tau, kulit my baby semakin cerah dan berat badan bertambah bam bammmm...mmg syok la...

inilah die baby ESP mummy





kemudian, mummy pulak tak dapat makan jamu disebabkan my baby kene kuning dan disahkan G6P6. 


so tak boleh ambil jamu selama 2 bulan atas nasihat doktor. sudah..apa yang nak makan untuk pulihkan tenaga badan ni... So mummy tambah Vita-lea untuk keperluan sumber multi vitamin dan kecerdasan badan dan OSTEMATRIK sebagai sumber kalsium dan mencegah sembelit.






lagi sekali berterima kasih dengan SHAKLEE..


Bila dah memang mummy beli SHAKLEE, rasa rugi jika tak jadi member Shaklee..sebabnya sudah tentu dapat harga ahli, benefit-benefit dari Shaklee pon kita boleh miliki..contohnya, duit bonus setiap bulan..memang tak rugi kan jadi ahli...


Sekarang, bukan mummy je yang makan Shaklee, Suami ambil alfafa dan lecithin, anak-anak ambil Mealshake dan Vit C, mak ayah mummy ambil Phytokol untuk kolestrol, AJHT untuk sakit lutut dan pinggang, dan Vita Lea.. adik-adik ambil Ostematrik, Vitamin C, Mealshake..belum lagi mak - mak saudara saya yang sporting. 

bukan kerana mereka keluarga saya jadi mereka ambil Shaklee..tetapi kerana kebaikan Shaklee itu sendiri. sesiapa yang dah cuba je yang sukakan Shaklee...

yang lain, tepuk dada tanya selera...lihat keberkesanan produk anda sekarang, lihat juga sumber produk anda, lihat juga dosage kandungan produk anda, lihat juga, berapa peratus bahan kimia dalam produk anda... ini kerana Shaklee '0' zerro. malah bersih, semulajadi, selamat dan halal.


klik sini  untuk mengetahui cara menjadi ahli Shaklee

atau pm/whatsapp/ telegram 0122817012
mummy SID Shaklee (920081) boleh membantu anda


Friday, November 14, 2014

Singkirkan Toksin di Dalam Tubuh Anda

Pernah tak anda rasa seperti cepat penat, sakit kepala, berjerawat, sembelit berat badan yang berlebihan, mulut berbau, masalah kulit atau haid yang tidak teratur???


Jika YA, ia menunjukkan tubuh anda mempunyai toksin yang berlebihan yee...





ok, Dari mana tubuh kita menyimpan toksin?? jangan rasa badan kita tiada toksin ye, sebab badan kita ni mmg mudah mengumpul toksin..antara kita sedar atau tidak..atau pon pura-pura tak ambil peduli..sebab toksin bukan berpunca dari makanan minuman sahaja ye tetapi toksin ada di mana-mana.antaranya di dalam udara, punca ubat-ubatan, merokok, minuman keras atau dari makanan yang tidak seimbang.


Bagaimana untuk menyingkirkan toksin???


Secara semulajadinya, penyingkiran toksin melalui proses pencernaan seperti pembuangan air kecil atau air besar. Namun, jika proses pencernaan tidak lancar, maka ia akan menyebabkan sisa toksin terperangkap di dalam tubuh.


Oleh itu, proses pembuangan toksin secara semulajadi amat penting untuk meneutralkan atau menghapus toksin. Proses ini berkait rapat dengan sistem pencernaan dan hati. Oleh itu, kedua-dua organ ini perlu diberi perhatian kerana ia merupakan organ yang terlibat dalam proses pengingkiran sisa toksin daripada tubuh.


Antara langkah pembuangan secara semulajadi adalah:-


- BERPUASA: Puasa dapat merehatkan tubuh terutamanya sistem perut daripada bekerja secara berlebihan. Secara tidak lansung dapat membantu proses DETOKSIFIKASI


- HATI: Sisa toksin yang tidak dapat disingkirkan akan berkumpul di dalam hati. Jadi hati perlulah dirangsang semula dengan mengurangkan pengambilan gula, garam, alkohol, kafien, makanan proses dan sebagainya.

 klik sini untuk info FUNGSI HATI dengan lebih lanjut


- SISTEM PENGHADAMAN: Makan makanan yang mempunyai serat yang tinggi.perti buah-buahan, serat tinggi seperti buah-buahan dan sayuran segar. dan munim air masak yang secukupnya ya!!


jadi, bagaimana pula untuk penyingkiran toksin secara semulajadi tanpa ubatan.. 

mudah sahaja..ITU LAH FUNGSI SUPPLEMENT..


ALFAFA...




Memang dikenali sebagai DETOKS. alfafa membantu menyingkirkan toksin di dalam tubuh di samping berupaya menyingkirkan lemak dan kolestrol.
jom kenali ALFAFA.. bagaimana ALFAFA bertindak sebagai DETOKS.


FUNGSI ALFAFA:-


1) Mencuci hati, darah dan usus
Alfafa merupakan supplemen yang beralkali yang mana boleh mngembalikan kenormalam badan yang berasid, menyingkirkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon dan  darah disamping mencantikkan kulit anda.


2) Melawan ALAHAN
Memperbaiki keadaan kulit dan hidung yang sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan. Alfafa juga merupakan rawatan bagi penyakit ASMA, LELAH & RESDUNG



3) Baik untuk usus dan perut
Alfafa membantu membaiki masalah saluran penghadaman seperti  kembung, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit


4) Menyingkirkan lemak dan kolestrol
ujian klinikal membuktikan pengambilan ALFAFA dalam jangka masa panjang dapat menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok atau darah tinggi. HANYA ALAFAFA mengandungi saponin, yang bertindak seperti span di mana sebagai serat yang berupaya menyerap kolestrol.


untuk info yang lebih lanjut..sila jangan segan silu

pm/whatsapp/ telegram 0122817012
Like FB: Mummyosh Natural Health & Beauty

Posted via Blogaway

Wednesday, November 12, 2014

Ambil aura positif jika alami Stress ataupun masalah

stress bekerja??? Rasanya kerja di mana-mana pon ade level stress nya..jadi diri kita sendiri la yang perlu buat bagaimana nak menguruskan stress tersebut..jadi entry kali ni maybe untuk motivasi diri sendiri dan mungkin jugak untuk membuang perasaan negatif..kita nak kutip aura positif je selepas ni.. Ok jom .... Mula!!!

Bagaimana Untuk Memperbaiki Kehidupan & Personaliti Diri..

1.    Jangan membandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Anda tak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka yang sebenarnya

2.   Jangan ada perasaan negatif pada perkara-perkara yang tidak dapat anda kawal. Tanamkan semangat positif di dalam kehidupan anda hari ini

3. Jangan berlebihan, tetapkan had

4. Jangan terlalu serius, tiada siapa yang serius

5. Jangan bazirkan tenaga dengan ber’gossip’

6. Bermimpilah ketika anda berjaga

7. Mengagumi cuma membuang masa. Anda sudah ada apa yang anda perlukan

8.   Lupakan kisah yang lama.   Jangan ingatkan pasangan anda tentang kesilapan beliau di masa lampau. Ia cuma akan merosakkan kebahagiaan anda sekarang

9.   Hidup terlalu pendek untuk membuang masa membenci sesiapa. Jadi jangan membenci sesiapa

10. Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak merosakkan hari ini

11.   Tiada siapa yang dapat mengawal kebahagiaan anda kecuali anda sendiri

12. Sedarlah bahawa kehidupan ini adalah umpama sekolah dan anda berada di sini untuk belajar. Masalah yang muncul seumpama ko kurikulum dan akan menghilang seperti kelas algebra tetapi akan menjadi pembelajaran yang anda akan ingat sepanjang hayat

13. Lebihkan senyum dan ketawa

14.   Anda tidak perlu menang dalam pertelingkahan. Setuju untuk bersetuju.

Komuniti
15. Kerap menelefon ahli keluarga

16. Setiap hari berikan sesuatu yang terbaik untuk orang lain

17.   Maafkan semua orang untuk segala galanya

18. Luangkan lebih banyak masa dengan seseorang yang berusia 70 tahun ke atas dan bawah 6 tahun

19. Cuba buatkan sekurang kurangnya 3 orang tersenyum setiap hari

20.   Apa yang orang lain fikir tentang anda bukan masalah anda

21. Pekerjaan anda tidak akan menjaga anda apabila anda sakit. Tapi keluarga dan kawan-kawan yang akan menjaga anda. Jadi sentiasa berhubung dengan mereka

Kehidupan
22.   Letakkan Allah dalam apa jua yang anda fikir, cakap dan akan lakukan

23.   Allah akan mengubati segala galanya

24. Buat perkara yang betul

25.   Bagaimana buruk atau baiknya sesuatu situasi itu, ia pasti akan berubah

26. Walau bagaimana anda rasa, anda masih perlu bangun, siapkan diri dan bersedia

27. Yang terbaik masih belum tiba, tetapi akan tiba.

28.   Hapuskan perkara-perkara yang tidak berguna, tidak cantik dan tidak menggembirakan

29.   Bila anda terjaga di pagi hari, berterima kasihlah kepada Allah

30.   Kalau anda dekat dengan Allah, anda akan sentiasa gembira. Jadi, gembiralah.

Jom kita praktikkan semua ....
��Semoga diberkati dgn perkongsian ni��
Amin....


Posted via Blogaway

Sunday, November 9, 2014

Kenapa Omega Guard Bagus?

Ini kerana ketulinan nya..bebas dari bahan kimia dan pencemaran laut dalam kerana telah diproses melalui peringkat penyulingan. Mengandungi Omega 3, DHA & EPA.

Jom kita lihat kenapa omega guard ni digemari, wpun di peringkat pelajar2... Dan KENAPA??


Posted via Blogaway

Friday, November 7, 2014

Apakah beza UBAT dan SUPPLEMENT?


Salam mesra semua..


sebelum ni ramai yang cakap takut nak telan Shaklee..sebab takut nak telan ubat...tapi bila sakit or dah sakit, kita kene jugak telan ubat hospital tu..rasa nya semua dah tahu, telan ubat-ubatan ni tak bagus sebab boleh menjejaskan fungsi buah pinggang untuk jangka masa panjang.


So SHAKLEE NI BUKAN UBAT YE, TETAPI SUPPLEMENT. dan supplement ini sihat, selamat, dan tidak merbahaya. ini kerana Shaklee merupakan vitamin semulajadi iaitu bukan sintetik.


apakah dimaksudkan dengan ubat?

ubat adalah bahan kimia yang digunakan untuk rawatan, pencegahan dan diagnosis penyakit. ubat hanya mengurangkan simptom sakit tetapi tidak merawat punca nya. pengambilan ubat secara yang salah boleh menyebabkan kematian.


apakah pula dimaksudkan dengan Supplement?

supplement ni merupakan makanan tambahan yang bertujuan untuk melengkapkan nutrien seperti vitamin, mineral, serat, asid lemak atau asid amino. supplement juga membekalkan nutrisi yang dibekalkan oleh tubuh bagi membina sel, tisu, enzim dan tindakan biokimia tubuh. ianya selamat dan tidak merbahaya kepada tubuh kerana dapat mencegah dan merawat punca penyakit yang terutamanya yang disebabkan ketidakseimbangan nutrisi.
ok meh kita tengok apakah perbezaan ubat dan supplement ni.


UBAT

- Menghilangkan simptom penyakit
- Boleh diambil ketika sakit sahaja
- pengambilan ubat perlukan nasihat/preskripsi daripada doktor
- mengandungi dadah / bahan kimia supaya boleh bertindak dengan cepat



SUPPLEMENT

- Merawat punca penyakit
- boleh diambil bila-bila masa
- pengambilan nya tanpa preskripsi doktor
- tidak mengandungi dadah dan bahan kimia. sebaliknya terdiri daripada vitamin , mineral, asid amino dan sumber tumbuhan.


Jadi supplement apa di tangan anda. pilihan di tangan anda..
dan  mummy yakin & sangat berpuas hati dengan SUPPLEMENT SHAKLEE.









Tuesday, November 4, 2014

Gara gara kambing masak lada hitam

Mummy sedang berdiet sebenarnya tp sy mkn kol 12 malam td...huwaaaa....diet kah nama nya tu hahaha...

Ni gara2 husband mummy balik dari program jabatan nya sambil bungkus nasi myk n lauk kambing msk lada hitam..dari tukang masak nye yg mummy da tau pasti sedap kalu tukang masak ni yg masak..

Husband la ajak 'rasa'..rasa la kunun..mcm rasa garam dlm lauk lak..huhuu...
Demi taknak derhaka pada husband..dlm erti kata tanak mengecilkan hati beliau...n rasa kesian pulak bila die da ajak 'rasa'..so mummy merasa la sket....

Yummy..mmg sedap...

Tapi jangan risau kawan2 ku..Herblax kan ada...sok die buang abih punyer..n jangan la pulak terus tido ye kwn2 ku..naik trun tangga sat ka..ok gak..n cukup laa sekadar merasa klu nk mkn tgh mlm mcm mummy ni k...

So tadi, mummy da cover dengan Herblax, Alfafa & Lecithin..yg berfungsi sebagai pelawasan, penyingkir toksin n pembakar lemaksssssa...

Selamat berdiet kwn2 ku semua


Posted via Blogaway

Saturday, November 1, 2014

OMEGA GUARD: UNTUK SIAPA

Slm sayang semua..


rs sgt bertuah bln ni..sbb apa? sbb NOV ni ade promo OMEGA..beli 6 percuma satu..so dengan erti kata nya promo segala-galanya lah...nak2 mummy ni pengguna tegar OMEGA GUARD ni...


tp ramai yang mengeluh..mahalla...apala..harga nya berbaloi ye dgn kelebihannya..ketulenan dan kandungan nya juga mmg tak diragui.tulen dengan pati minyak ikan dan tulen OMEGA 3. KNP?


kerana proses minyak ikan Omega Guard ini adalah melalui 3 peringkat penyulingan. bahan ekstraknya adalah 100% minyak ikan laut dalam serta bebas toksik. So kpd pengguna omega, berhati2 lah memilih omega ye, agar ketulenan nya dpt dipastikan dan bukan dari hati ikan.utk SHAKLEE, dijamin selamat, bebas toksik dan 100% minyak ikan yang kaya dengan Omega 3.


Omega 3 kaya dengan EPA & DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. buka itu je, jom kite tgk fungsi DHA & EPA ni.


EPA:
: mencegah kanser
: mencegak pembekuan darah
: mengawal kadar kolestrol
: kesihatan jantung
: menghindar tekanan perasaan


DHA
: Pertumbuhan Saraf-saraf yang baik
: Penglihatan yang lebih baik
: mencegar kanser payu dara dan prostat
: mencegah asma
: meningkatkan daya seksual
: mencegah maigrain
: mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan serta rs kebas pd anggota badan



SIAPA YANG SESUAI MENGAMBIL OMEGA? & KENAPA?


1) iBU HAMIL- terutama pada Trisemester pertama.ini kerana pada waktu ini,perkembangan otak bayi sgt pesat.


2) IBU YANG SEDANG MENYUSUKAN BAYI- Dengan cara menyusukan anak, omega 3 dapat disalurkan kepada anak melalui susu ibu.


3) kepada yang mengalami MASALAH KOLESTROL TINGGI: omega 3 bertindak menghapuskan kolestrol- kolestrol jahat di dalam badan


4) MASALAH DARAH TINGGI- kolestrol yang tinggi akan menyebabkan saluran darah tersumbat.


5) KESIHATAN JANTUNG: Membaiki sisten kardiovaskular di samping membantu mengawal tekanan darah  dan paras trigliserida (Lemak) yang normal.


6) NAK DIET/ NAK KURUS: pengambilan Omega Guard dapat membantu meningkatkan metabolisma, di samping mengurangkan rasa lapar. sekaligus ia dapat mengurang keinginan makan anda


7) KANAK-KANAK: menajamkan minda DAN meransang otak anak anda, mengurangkan stress anak, 


8) KANAK-KANAK HIPERAKTIF


9) MASALAH SEMBELIT: Sesuai diaMbil bersamaMEALSHAKE


kepada yang tidak ingin melepaskan peluang merebut OMEGA GUARD. Sila PM/ Whatsap. Harga istemewa utk anda


LIKE FB Page: Mummyoshnatutalheath&Beauty
sms/whatsapp: 0122817012


Anda juga boleh klik disini  utk pembelian Omega Guard



Friday, October 31, 2014

Jadual waktu sistem badan manusia

Just sharing..jom tgk apa bdn kite buat dari pagi hingga ke malam..malam ke pago

Waktu Pagi
3:00 am – 5:00 am 
Paru-paru – Ini adalah waktu
terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan, yoga serta bertakafur. Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai kesukaran bernafas.

5:00 am – 7:00 am
Usus Besar - Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit. Jika menbuang air besar dan mandi dengan air sejuk diselesaikan dalam waktu ini, masalah kegugupan boleh dihindarkan.

7:00 am – 9:00 am
Perut - Sarapan patut diambil
dalam tempoh masa ini.

9:00 am – 11:00 am
Limpa – Tidak minum dan makan waktu ini walaupun setitik air. Jika makan pada waktu ini akan mengakibatkan suhu badan meningkat, menambahkan keletihan dan mengurangkan tahap pencernaan. Ini lebih terserlah pada pengidap diabetes yang akan merasa kegigilan dan mengantuk.

Waktu Tengahari
11:00 am – 1:00 pm
Jantung – Hanya air sahaja yang diambil pada ketika ini. Tidak sepatutnya melakukan kerja berat atau tidur di masa ini. Jika tidak lebih karbon dioksida akan bercampur dengan oksigen. Ini akan meningkat kemungkinan terkena serangan jantung, lumpuh atau kesakitan badan. Kebiasaannya pihak hospital akan lebih berjaga-jaga pada waktu ini kerana pesakit jantung dan
diabetes berkemungkinan diserang sakit jantung berbanding pada waktu lain.

Petang
1:00 pm – 3:00 pm
Usus kecil – Makan tengahari pada waktu ini. Selepas itu duduk tutup mata untuk rehat selama 5 minit. Elakkan dari tertidur.

3:00 pm – 5:00 pm
Pundi Kencing – Sesuai untuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh.

5:00 pm – 7:00 pm
Buah Pinggang – Ini adalah masa untuk bersantai dan rehat dari kerja harian. Jika tidak akan memudaratkan ginjal dan jangkitan salur kencing.

Waktu Malam
7:00 pm – 9:00 pm
Dinding Jantung – Makan malam patut diambil pada waktu ini. Jika tidak akan menimbulkan getaran atau sakit di dada.

9:00 pm – 11:00 pm
Ini adalah masa untuk mengembalikan semula tenaga organ-organ yang bekerja sejak pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini seseorang itu hendaklah baring dan bersedia untuk tidur. Elakkan dari membaca buku, menonton tv atau bekerja.

11:00 pm – 1:00 am
Hempedu – Waktu tidur. Jika masih berjaga akan menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk bekerja di hari esoknya.

Waktu Lewat Malam
1:00 am – 3:00 am
Hati – Waktu tidur lena. Jika tidak akan memberi kesan kepada penglihatan dan badan lesu.

Itulah ringkasan jadual waktu badan manusia.

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

Tuesday, October 21, 2014

Why we need a water???

Correct time to drink water.. Very Important. From A Cardiac Specialist!

Drinking water at a certain time maximizes its effectiveness on
the body:
  
2 glasses of water after waking up -
helps activate internal organs,
      
1 glass of water 30 minutes before a meal - helps digestion,
        
1 glass of water before taking a bath -
helps lower blood pressure,
        
1 glass of water before going to bed - avoids stroke or heart attack

1 glass of water at bed time will also help prevent night time leg cramps.

Enjoy.... drinking a lots of water ;))


Posted via Blogaway

Saturday, September 20, 2014

Mealshake: supplement untuk kanak-kanak

Kalau dulu anak2 mummy susah sgt nk makan..sekarang....haih asik mintak nasi aje. siap bertambah lg.. Badan pon da makin berisi..pipi da makin tembam...seronok betoi la tgk selera makan anak2 sejak consume Mealshake kat anak2 ni..Dah ler selera makan bertambah..Imuniti anak pon jadi kuat..kurang demam n selsema. 





Si abang lak ade alergy habuk bagai, n sejak amalkan Mealshake ni kurang dah sikit..





Bagaimana Cara Nak Bancuh MEALSHAKE??

mummy masukkan aje dlm susu anak2..1 scoop sehari je. jimat ..dah le harga murah,tahan lama lak tu...leh tahan hingga ke 2 bulan


bagi si abg lak, mummy masukkan dlm air rebina biasa nya sbb die da tak minum susu. yang best ia tidak memberi kesan rasa dlm minuman or makanan..so kanak2 boleh la accept minuman or makanan yg ditambah mealshake.


Selain tambah di dalam susu, or minuman, kita boleh pelbagaikan resepi mealshake ni. misalnya, ditambah di dalam homemade aiskrim, kek, gaul dlm nasi, or sup. cume pastikan bukan dalam masakan yang panas k..jika tak, rosak la protien nya.
So jangan risau ye. Mealshake tidak mendatangkan kesan pada masa akan dtg. sbb ianya bukan lah drug sebaliknya supplement. mcm susu.. susu pon adalah suplement / makanan tambahan kpd anak2 kan. malah kita mendapat banyak benefit Mealshake ni..meh mummy ringkaskan spt dlm gamba di bawah k...




Siapa yang sesuai mengambil Mealshake? 

  • sbb ia nya bukan shj utk kanak-kanak2 ye...malah golongan golongan dewasa pon boleh bagi yang ingin menambah berat badan. utk Tujuan Weight Gain, sgt sesuai mengambil Mealshake bersama B complex.


  • utk kanak2 yang mengalami masalah ALERGY/ ASMA/ EXZEMA. Sgt sesuai ambil MEALSHAKE bersama CHEWABLE VITAMIN C / OMEGA


  • kanak2 berumur 1 tahun ke atas.



Siapa yang tidak Sesuai mengambil Mealshake??


adalah tidak digalakkan sekiranya kanak2 or seseorang itu yang mempunyai alergy pada susu lembu or soya.. namun ia nya bergantung kepada imuniti seseorang itu. sbb ade stgh kanak2 yang alah pada susu lembu namun sesuai untuk mengambil mealshake..bg kes begini, maybe ibu2 boleh test dulu k..


Bagi yang berminat, or ingin kan suplement utk kanak2 yang selamat, bagi ingin anak2 mereka berselera makan kembali, pls pls pls..pm mummy segera ye..sebab bulan 9 ni ade promo mealshake. buy 3 free 1.. rugi kan kalu tak ambil bulan ni...

pm / whatsapp 0122817012Like FB Page: Mummyosh Natural Health & Beauty

da~~~

Monday, September 8, 2014

KAITAN Cyst dan GLA

Slm syg semua..

Pernah dgr or tahu psl cyst or pernah mengalami masalah cyst??? Ok bg yg tak berapa jelas, mari kita sama2 fahami k...


Menurut kata Dr. Zubaidi Ahmad; ovarian cyst tu bukan lah sejenis penyakit.sebaliknya kebiasaanya ia dihadapi oleh wanita muda. Dan selalunya, kehadiran cyst ini tidak menunjukkan simptom-simptom tertentu. Ianya diketahui apabila pemeriksaan ultrasound atau pelvic secara rutin dilakukan.


95% ovarian cyst ini adalah tidak merbahaya tetapi adakalanya id bole mendatangkan kemudaratan seperti sakit bawah abdomen, rasa kembung abdomen, sakit pada payudara, merasa letih, masalah ketidak kesuburan dan sakit kepala.

Secara amnya, setiap kali kitar haid, organ ovari akan mengelembung dinamakan ovarian follikel. Ianya mengandungi ovum dan apabila ovum dikeluarkan, sepatutnya ovari akan mengecut, tetapi sesetengah akan membesar melebihi 2cm. Ini dikenali sebagai cyst.


testi GLA untuk pesakit yg mempunyai Cyst

Testi GLA: Dc pon beri GLA untuk merawat cyst..mmg terbukti..
ni rupenye cyst yg telah dibuang oleh salah seorg pesakit..besarkan..nauzubillah



Jadi bagaimana utk merawat cyst ni..


Utk peringkat awal, doc akan berikan masa agar cyst ini mengecut atau ubat utk mengecutkan cyst ini. Tetapi sekira nya cyst ini membesar,maka cyst perlu dikeluarkan oleh doktor.


Alternatif???


Beberapa testi customer, membuktikan GLA COMPLEXS mampu mengecutkan cyst seterusnya merawat cyst tanpa sebarang pengambilan ubat dr hospital or farmasi.


Tp bagaimana pula, baru2 ini ada cust mengatakan GLA menyebabkan beliau mengalami mslh cyst dan skt perut. Salah sama sekali..maybe sekiranya beliau tidak mengambil GLA, punca cyst dlm bdn nyer diketahui.maybe die sudah lama mempunyai cyst, tetapi Pengambilan GLA menunjukkan GLA bertindak bls...sbb cyst tak terjadi dlm 2 3 hari ..tetapi mengambil masa yg agak lama yee...


Wallahualam....

namun beberapa cust yang mempunyai mslh Cyst, berpuas hati dengan pengambilan GLA compleks,,daripada sakit, ia mampu merawat...daripada tak tahu cyst kita semakin membesar tapi tiada simptom, kita telah dapat tahu dengan pengambilan GLA,,


Jadi yg berminat boleh wasap mummy 0122817012 ;) daaaaaaaaaaaaaa