Wednesday, August 13, 2014

Fungsi Hati

Salam sayang semua...

Rangkaian produk suplemen Shaklee ni memang merangkumi penjagaan kesihatan yang menyeluruh. Daripada hujung rambut hingga hujung kaki dan daripada penjagaan memori hinggalah penjagaan hati. Semua penting sangat.

Jadi shaklee juga mempunyai supplement untuk menyokong kesihatan hati...koz Hati merupakan organ terbesar di dalam tubuh manusia dan berkeupayaan dalam membina semula.

Contohnya, serangan jantung akan merosakkan otot atau organ jantung.

Tetapi, serangan kepada hati akibat pengambilan alkohol berlebihan boleh merosakkan hati. Namun, hati mampu membaiki organnya sendiri. Hati boleh dianggap sebagai INDUSTRI PEMPROSESAN dalam tubuh manusia, menjalankan fungsi-fungsi kritikal untuk membaiki.

Suplemen DTX Complex ini mengandungi ekstrak biji benih pokok susu tisel menyokong keupayaan badan menghasilkan protin bagi membantu menjana semula sel-sel hati.

OK..APA DIA FUNGSI HATI:

# Rembesan Hempedu
Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan
apabila perlu ketika penghadaman. Hempedu adalah perlu untuk pencernaan lemak; ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil (small globule). Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak; A,D,E,F,K, dan membantu mengasimilasikan kalsium. Hempedu juga menukarkan Beta Karotena kepada vitamin A.

# Bertindak Sebagai Detoksifikasi
Metabolisme protin dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati. Hati mengawal metabolism protin. Untuk detoksifikasikan amonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik. Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang. Oleh itu, dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunya fungsi buah pinggang yang betul.

# Mengawal Paras Gula dalam Darah
Dengan menukarkan tiroksina - hormon tiroid, ke dalam bentuk yang lebih aktif. Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme. Hati mewujudkan GTF (faktor toleransi glukosa) dari kromium dan glutation. GTF diperlukan oleh insulin untuk megawal paras gula dalam darah dengan betul. Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen, dan kemudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga. Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen, adrenalin dan insulin.

# Penting dalam Metabolisma Lemak
Penting di dalam sintesis asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein dan phospholipid dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga. Di mana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.

Bagi yang berminat untuk order DTX COMPLEX,
Boleh berhubung dgn saya 0122817012 (lily / yosh)
Like Page FB: Mummyosh Natural Health & Beauty


Posted via Blogaway

No comments:

Post a Comment