tahukah anda bahawa untuk menjaga
kesihatan jantung, anda hanya perlu memakan sekurang-kurangnya 70g. oat setiap
hari?
ini kerana, Oat sudah bertahun lamanya terkenal kerana khasiat kebaikannya kepada
kesihatan kita secara keseluruhan, terutama sekali kepada kesihatan jantung.
Kini, pakar-pakar pemakanan dan diet memberi penekanan terhadap
keberkesanan oat sebagai rumusan paling
semulajadi untuk menjaga kesihatan dan mencegah penyakit jantung. Jom baca!
Mengurangkan Paras Kolestrol Dalam Darah
Kajian klinikal telah menunjukkan bahawa pengambilan oat dengan berat molekul yang tinggi (dalam bentuk bijirin) SETIAP HARI selama 4 Minggu dapat menurunkan paras Kolestrol .
Kawalan Paras Glukosa Dalam Darah
Menjaga kesihatan jantung anda adalah semudah mengambil oat setiap hari.
oat bukan sahaja berkesan menurunkan tahap kolesterol darah tetapi
juga menjamin kesihatan usus dengan menyediakan
sumber nutrien secara perlahan-lahan dan konsisten seperti mana yang
diperlukan untuk membaharui sel-sel usus.(Kesihatan Usus) Serat dalam usus kecil membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ini memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan.
Serat merangsangkan pengeluaran air liur, yang memudahkan anda mengunyah
dan menelan. Apabila berada dalam perut, ia membantu mencairkan kandungannya,
menjadikannya lebih mudah untuk dihadam.
Serat juga membantu mencegah banyak masalah ketidakselesaan yang dialami
oleh orang tua, seperti sembelit dan
buasir.
dan tentunya kelebihan oat boleh membantu individu mengekalkan atau mencapai pengurangan berat badan melalui kawalan selera makan.
No comments:
Post a Comment