Sunday, April 20, 2014

Bagaimana untuk meningkatkan kadar Metabolisma tubuh?

metabolisma badan merupakan jumlah tenaga kalori yang dibakar oleh tubuh. jadi, mereka yang mempunyai kadar metabolisma yang rendah maka rendah juga lah pembakaran kalori di tubuh mereka & agak sukar untuk proses diet berjalan dengan lancar... 

Bagaimana metabolisma tubuh menjadi rendah?

penurunan kadar metabolisma tubuh akan merosot seiring dengan peningkatan usia kita.Kebiasaannya individu yang mempunyai kadar metabolisma yang tinggi akan lebih kerap berpeluh..tapi tanpa bau k...

k, bagi yang mempunyai kadar metabolisma yang menurun tu...jgn risau...tp tak jadi masalah sebenarnya, metabolisma tubuh kita boleh ditingkatkan dengan pelbagai kaedah & usaha..k jom tgk bagaimana?


1) Jangan biarkan diri dalam kelaparan

Diet yang agresif akan yg mengurangkan sebahagian besar kalori dalam diet kita sebenarnya merupakan cara yg salah. Diet seperti ini akan  mengejutkan badan dan akan menyebabkan kadar metabolisma darah semakin rendah. So, cara yg terbaik adalah mengurangan 100 kalori setiap hari daripada diet biasa kita.

2) minum air secukupnya

minum 8 gelas sehari dapat membantu tubuh untuk berfugsi pada tahap yang optimum.

3) Tambah PROTIEN dalam Diet anda

Protien membantu menigkatkan kadar metabolisma  badaan. ini krn, badan kita membakarkalori 2 kali ganda semasa menghadamkan PROTEIN berbanding karbohidrat. Ikan merupakan sumebr protien yang baik seperti ikan salmon. Cthnya Omega dapat meningkatkan jumlah enzim pembakar lemak dalam tubuh.

4) MAKAN stp 3 jam

semakin kerap kita makan,  semakin tinggi kadar metabolisma badan kita. tp ini bukanlah bermaksud makanan berat bagi setiap hidangan. tetapi 1 kali makanan berat dan 2 kali snek sihat.

5) Kalsium

jangan lupa ambil suplemen KALSIUM ye.kajian menunjukkan kekurangan KALSIUM di dlm tubuh akan mencetuskan hormon yang menyebabkan badan berpaut pada lemak yang boleh dibakar. antara sumber Kalsium spt susu rendah lemak, dadih, ikan salmon, taufu dan oat.

6) Makanan Pedas

Cili mempunyai bahan kimia yang dipanggil capsinoids. kajian mendapati capsinoid membantu dalam meningkatkan penggunaan tenaga iaitu 50 kalori sehari.

7) Tidur yang cukup

kurang waktu tidur akan menyebabkan kadar metabolisma badan menurun, meningkatkan selera makan dan kenaikan berat badan.

8) Elakkan stress

Ini krn stress akan meningkatkan jumlah hormon kartisol di dlm tubuh, seterusnya merendahkan kadar metaabolisma tubuh.

9) Senaman

Ini penting ye. tak kira senaman ringan atau pon berat. anda mesti lakukan setiap hari. cukuplah sekadar 15 min stp hari. berkebun juga merupakan senaman tau!

10) Vitamin C untuk cergas

Bukan shj Kalsium dpt meningkatkan kadar metabolisma malah Vitamain C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.

11) Teh hijau

teh hijau mengandungi Polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisma tubuh. cubalah minum 4-5 cawan sehari, anda akan dapat kesannya.


SELAMAT MENCUBA.

No comments:

Post a Comment